INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Kampung fikri yang terletak dalam daerah setiu mempunyai jumlah penduduk kampung kira-kira dalam 500 orang. Penduduk kampung majoritinya bekerja sebagai nelayan. Ada juga yang mengusahakan kedai runcit, kedai makan, perusahaan budu, belacan dan ikan bilis. Selain itu, terdapat juga masyarakat kampung yang berkhidmat di sektor awam seperti guru, kerani sekolah dan koperal polis.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Berdekatan dengan kg fikri, terdapat tempat rekreasi seperti pantai penarik yang terletak di kg penarik. Pantai penarik merupakan sebuah pantai yang sudah tidak asing lagi di Terengganu khususnya penduduk daerah setiu. Pantai ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah dan bersantai bersama keluarga. Disepanjang pantai ini, terdapat kedai-kedai makan yang menjual makanan seperti sotong goreng, udang goreng, ikan celup tepung, dan sebagainya. Selain itu terdapat juga tempat-tempat peranginan seperti Sutera Beach Resort, Merang Beach Resort, Penarik Inn, Peladang Setiu Agro Resort dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dibawah:

http://pdtsetiu.terengganu.gov.my/?option=com_content&view=article&id=129



Tempat Makan yang Menarik

Di sekitar kg fikri, kedai makan yang paling murah dan sedap adalah kedai makan Kak Mek yang terletak di Kg saujana. Kg Saujana terletak kira-kira hanya 2 kilometer dari Kg Fikri. Selain murah dan sedap, persekitaran kedai makan ini juga adalah bersih. Kedai ini dibuka pada waktu pagi dan petang.



Homestay

Antara resort yang terletak di sekitar kg fikri ini adalah seperti sutera beach resort , merang beach resort , merang suria resort, blue coral island resort, D’coconut island resort, lang sari resort dan sebagainya. Manakala antara contoh homestay yang terdapat di sekitar kg fikri adalah Homestay Kg Rhu 10.


Sutera Beach Resort

Kemudahan Awam
Balai Polis
Klinik
Pejabat Pos
Perpustakaan
Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg Fikri , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri memiliki 74 pelajar lelaki dan 64 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri
Kg Fikri , Permaisuri , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = +6 09-602 1207
Fax = +6 09-602 1354

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan

USAHAWAN KEROPOK LEKOR


Profil
NAMA : KARINI BIN MUDA
NO TELEFON : 010 – 9271772
ALAMAT : KG KUALA SETIU 22050 SETIU TRG
TARIKH MULA BERNIAGA : OKTOBER 2011


Produk yang dipasarkan :
KEROPOK LEKOR , KEROPOK KEPING, KEROPOK GORENG
Blog Dan FB :
BLOG=Tiada
FB : https://www.facebook.com/Keropok-Kuala-Setiu (keropok kuala setiu)





USAHAWAN BUDU & BELACAN

Profil :
NAMA : CHUA CHIN LIEW
NO TELEFON : 0169443127
ALAMAT : NO 11 KG FIKRI 22110 SETIU TERENGGANU
TARIKH MULA BERNIAGA : 1984
Produk yang dipasarkan :
BUDU DAN BELACAN (HALAL)
Blog Dan FB : TIADA




USAHAWAN JAHITAN

Profil :
NAMA : CHE SITI NORAIHAN BT MAHMOOD
NO TELEFON : 01139582745
ALAMAT : NO 64 , KG FIKRI 22110 SETIU TRG
TARIKH MULA BERNIAGA : JUN 2011
Produk yang dipasarkan :
Hasil jahitan seperti baju kurung, baju melayu, baju nurse ,langsir, bantal hiasan , instant shawl ,  
Blog dan FB :
BLOG = TIADA  ,
FB : https://www.facebook.com/chesiti.norraihan ,
IG : jiehan_butik_collection