Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERMAINAN ‘ONLINE WORD SEARCH’

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2017

Permainan ini dapat menguji kemampuan para peserta dalam menyelesaikan masalah ‘word search’ dan melatih sifat sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah....baca selanjutnya

PERMAINAN DAM GERGASI DAN SIFIR MISTERI

Aktiviti Terkini | 29 November 2017

Permainan ini bertujuan mewujudkan aktiviti santai kepada para peserta selari dengan musim cuti sekolah supaya peserta lebih ‘relax’ dalam aktiviti bersama PI1M kali ini...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2017

Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar kelihatan memberi sepenuh perhatian dan dapat menjawab setiap soalan yang diberikan dengan baik. Diharapkan program seperti ini terus mendapat sambutan dan dapat dilaksanakan di setiap sekolah bagi memastikan para pelajar mendapat pendedahan mengenai bahaya internet dan penggunaan internet secara selamat....baca selanjutnya

PROGRAM CSR BERSAMA MURID TAHUN 6 & TAHUN 5 SK FIKRI

Aktiviti Terkini | 24 September 2017

Program ini melatih peserta dalam membuat keputusan yang cepat apabila berhadapan dengan situasi kritikal dan menggalakkan peserta berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah....baca selanjutnya

PROGRAM GEMILANG MERDEKA

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Program ini memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid mengenai Klik Dengan Bijak dan menguji kefahaman mereka tentang isi kandungan program melalui sesi soal jawab yang akan dijalankan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK SAUJANA

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2017

Program ini dapat mendedahkan tentang kepentingan melayari internet dengan selamat dan kesan sekiranya melayari web yang tidak sepatutnya...baca selanjutnya

Teka Silang Kata & Kuiz Ramadhan Al Mubarak

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017

Aktiviti ini dapat melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan peserta terutama soalan bahagian uji minda....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK (KDB), E-WASTE & JUALAN PRODUK DIGI

Aktiviti Terkini | 08 - 13 Mei 2017

Sempena Pekan Budaya Daerah Setiu 2017, PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri sekali lagi telah berkolaborasi untuk membuka gerai pameran bagi mengadakan program advokasi Klik Dengan Bijak dan mobile e-Waste & Jualan produk Digi. Program selama seminggu ini mensasarkan seramai 400 peserta advokasi merangkumi golongan pelajar sehingga ibu bapa....baca selanjutnya

'PUBLIC SPEAKING & HIGH IMPACT PRESENTATION TRAINING'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA PENANDA BUKU KREATIF

Aktiviti Terkini | 14 April 2017

Pertandingan ini menguji kreativiti para peserta dalam menghasilkan penanda buku yang unik dan kreatif dan memupuk sifat dan semangat berdaya saing yang tinggi dalam kalangan para peserta
...baca selanjutnya

E-USAHAWAN BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Program ini membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mempelajari ilmu keusahawanan dan teknik-teknik pemasaran dalam talian dengan lebih berkesan secara percuma dan supaya dapat melahirkan lebih ramai usahawan digital dalam kalangan penduduk setempat samada golongan muda mahupun tua....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB) + & Celik IT Bersama Murid Tadika Kampung Fikri

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017

Taklimat, tayangan video dan sesi soal jawab diadakan bersama murid untuk menguji kefahaman mereka tentang program. Video lagu ‘Didi n Friends’ ditayangkan berselang-seli dengan taklimat untuk mengelakkan mereka cepat merasa bosan. Respon yang diberikan agak memberangsangkan. Pelajar juga diberi pendedahan kepada perisian Microsoft Power Point dan belajar mengeja dan membaca melalui slide yang ditayangkan menerusi perisian itu....baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG FIKRI + KLIK DENGAN BIJAK (KDB) + BELAJAR ASAS KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan tentang latar belakang Pusat Internet 1 Malaysia Kg Fikri dan mempelajari perkara asas komputer seperti Microsoft Office Word, Power Point & Excel.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti