Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kg. Fikri, Setiu, Terengganu dibuka pada 1962 oleh Menteri Menteri Besar Terengganu, Dr Ibrahim Fikri. Sebelum Kg. Fikri dibuka, penduduk tinggal di Kg. Payang, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di pinggir pantai.

Kini sebahagian kawasan Kampung Payang menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Nama Fikri diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu yang telah bertanggunjawab membuka dan memberikan tanah kepada penduduk Kg Payang untuk tinggal di Kg Fikri. Kampung Payang menjadi persingahan peniaga-peniaga untuk menghantar barangan perniagaan mereka di daerah Setiu dan Besut ketika itu. Terdapat lebih 600 buah rumah di Kampung Payang ketika itu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN MENCIPTA KAD & SAMPUL RAYA KREATIF

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program bermula pada jam 9.30 pagi dan dimulakan dengan penerangan kepada para peserta tentang program yang akan berlangsung pada pagi itu. Aktiviti dimulakan dengan pertandingan membuat kad raya terlebih dahulu. Sebelum tu, peserta yang tidak mempunyai idea atau tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan kad raya yang kreatif, mereka dibenarkan untuk menggunakan pc dan melihat tutorial di youtube....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & PROGRAM USAHAWAN DI PEKAN BUDAYA PANTAI RHU 10, SETIU

Aktiviti Terkini | 18 - 25 April 2018

Satu program advokasi telah dijalankan di Pekan Budaya Daerah Setiu dengan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri bertempat di Tapak Karnival Rhu 10 bersempena dengan Pekan Budaya daerah Setiu yang berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 18 sehingga 21 April 2018. Mendapat jemputan daripada Pejabat Pertanian, program advokasi telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran iaitu seramai 400 penyertaan daripada pengunjung. Sepanjang program, sambutan amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah penerangan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan program usahawan, kuiz KDB, kuiz usahawan, ‘puzzle games’ dan teka jumlah gula-gula....baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA DUNIA ICT & KLIK DENGAN BIJAK (KDB) BERSAMA MURID TADIKA KG FIKRI

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2018

Murid- murid tadika dapat mempelajari “Education Games” secara atas talian yang mampu melatih tangan mereka tentang cara-cara memegang dan meng’klik’ tetikus dengan betul....baca selanjutnya

HARI KOMUNITI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 03 Februari 2018

Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat amat menggalakkan. Pihak KWSP Kuala Terengganu juga tidak menyangka sambutan penduduk setempat amat menggalakkan. Para pengunjung berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada pihak KWSP dan juga pihak PI1M Kg Fikri, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali datang ke pi1m Kg Fikri ini....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT ORIGAMI & MENCIPTA VIDEO KREATIF

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2018

Pertandingan ini dapat menguji kreativiti para peserta dalam menghasilkan origami dan juga mengedit video yang kreatif dan melatih kemahiran para peserta dalam menggunakan teknologi ICT dengan lebih baik.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti